Friday, 28 October 2011

Mata yang tidak akan tersentuh api neraka

Dari Ibnu Abbas ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Iaitu :
  • Mata yang menangis kerana takut kepada Allah. 
  • Mata yang begadang berjaga dalam jihad fisabilillah.” (HR At-Tirmizy – Hasan Shahih)

Fawaid
1. Orang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT akan dijaga dari tersentuh api neraka. Maka sering-seringlah menangis dan mohon ampunan atas dosa-dosa yang pernah dilakukan, agar jangan sampai terkena siksa neraka yang pedih.

2. Orang yang turut berjihad di jalan Allah akan dijaga dari api neraka, matanya berjaga di jalan Allah demi tegaknya agama Islam.

3. Jangan sampai kita menggunakan mata ini untuk begadang yang bukan-bukan dan tidak ada manfaatnya. Atau hanya sekedar melihat-lihat yang tidak ada menambah iman kepada Allah. Sebab yang dijamin terhindar dari api neraka adalah mata yang menangis karena Allah dan berjaga di medan jihad.

0 comments:

Copy Protected by Jebon's Computer tech tips

Semua kandungan dan tulisan yang terdapat dalam blog bukanlah hasil pemikiran ana sendiri tetapi hasil daripada pembacaan, rujukan daripada buku, web blog dan sebagainya. Semua rujukan telah disenaraikan pada setiap article. Harap maklum.